Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 149 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

71  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0003.
Dari 'Aisyah, Ummul Mu'minin r.a., katanya: "Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw., ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira. Di situ beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau membawa perbekalan secukupnya. Setelah perbekalan habis, beliau kembali kepada Khadijah, untuk mengambil lagi perbekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu), iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira itu."Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, "Bacalah!" Jawab Nabi, "Aku tidak pandai membaca." Kata Nabi selanjutnya menceritakan, "Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. "Bacalah !" katanya. Jawab ku, "Aku tidak pandai membaca. "Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. "Bacalah!" katanya. Ku jawab, "Aku tidak pandai membaca." Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata: "Iqra' bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min 'alaq. Iqra'! Wa rabbukal akram. (Bacalah dengan nama Tuhan mu , yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhan mu Yang Maha Mulia.) Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, "Selimuti aku! Selimuti aku!" Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya. Kata Nabi saw. kepada Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), "Sesungguhnya aku cemas atas diri ku (akan binasa)." Kata Khadijah, "Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan Anda. Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran. Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu anak pakcik . Khadijah, yang telah memeluk agama Nasrani (Kristian) pada masa jahiliyah itu. Ia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani. Maka disalinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa dikehendaki Allah dapat disalinnya. Usianya telah lanjut, dan matanya telah buta. Kata Khadijah kepada Waraqah, "Hai anak pakcik ku ! Dengarkanlah khabar dari Anak Saudara Anda (Muhammad) ini". Kata Waraqah kepada Nabi, ''Wahai Anak Saudara ku! Apakah yang telah terjadi atas diri Anda?" Lalu Rasulullah saw. menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah dialaminya. Berkata Waraqah. "Inilah Namus (Malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu, iaitu ketika Anda diusir oleh kaum Anda." Maka bertanya Rasulullah saw. "Apakah mereka akan mengusir ku?" Jawab Waraqah. "Ya, betul! Belum pernah seorang jua pun yang diberi wahyu seperti Anda, yang tidak dimusuhi orang. Apabila saya masih mendapati hari itu, nescaya saya akan menolong anda sekuat kuatnya." Tidak berapa lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun terputus untuk sementara waktu. Kata Ibnu Syihab, Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadanya, bahawa Jabir bin Abdullah Al Anshari menceritakan tentang terputusnya wahyu, katanya Nabi saw. berkata dalam hadisnya ''Pada suatu waktu ketika aku sedang berjalan jalan tiba-tiba kedengaran oleh ku suatu suara dari langit. Maka ku angkat pandangan ku ke arah datangnya suara itu. Kelihatan oleh ku malaikat yang pernah datang kepada ku di Gua Hira dahulu. Dia duduk di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah, "Selimuti aku.". Lalu Allah swt. menurunkan ayat: "Ya, ayyuhal muddatstsir! Qum, fa andzir! Wa rabbaka fa kabbir! Wa tsiyaabaka fa thahhir! War rujza fahjur! (Hai, orang yang berselimut! Bangunlah! Maka berilah peringatan! Dan besarkanlah Tuhanmu!Dan bersihkanlah pakaianmu! Dan jauhilah berhala! Maka semenjak itu wahyu selalu turun berturut-turut.

72  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1255.
Dari Miswar bin Makhramah dan Marwan r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. ke luar dalam masa peperangan Hudaibiyah. Ketika telah sampai di suatu jalan, Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Khalid bin Walid di Ghamim dalam pasukan berkuda orang Quraisy menjadi pengintip, maka ambillah jalan ke sebelah kanan". Demi Allah, Khalid tiada mengetahui. sehingga ketika dalam debu tentera berangkatlah Khalid memacu kudanya untuk memberi peringatan kepada orang Quraisy. Dan Nabi s.a.w. terus berjalan, hingga ketika beliau berada di puncak bukit yang akan dituruni menghadap mereka. Unta beliau bersimpuh (berhenti). Orang banyak berkata: "Hal, hal!" (ucapan menghalau unta). Unta itu tiada mahu berjalan. Mereka berkata: "Qashwa mogok, Qashwa mogok!" Nabi berkata:" Qashwa bukan mogok, dan itu bukan sifatnya. Melainkan ia ditahan oleh yang menahan gajah (yang datang untuk meruntuh Kaabah)". Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya, setiap mereka minta pada ku satu rencana buat membesarkan kehormatan Tuhan, selalu aku berikan kepada mereka." Kemudian beliau mengherdik unta beliau, lalu ia melompat. Kata Rawi (yang meriwayatkan hadis): Kemudian beliau berpaling dari mereka sehingga berhenti di tengah padang Hudaibiyah. Di situ ada lobang yang berisi sedikit air. Orang banyak menyauknya sedikit-sedikit dan tinggal di situ, sehingga mereka menghabiskan air itu. Maka diadukanlah kehausan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu beliau mengambil anak panah dari tabungnya, kemudian beliau suruh mereka mencacakkannya dalam lobang itu. Maka demi Allah, memancarlah air dengan derasnya sehingga mereka kembali. Ketika mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba datanglah Budail bin Warqa' Al Khuzai dalam satu rombongan dengan kaumnya suku Khuzaah. Mereka adalah kepercayaan Rasulullah s.a.w. di antara penduduk Tihamah. Kata Budail: "Saya meninggalkan Kaab bin Luai dan Amir bin Luai, berhenti di tempat-tempat air Hudaibiyah dan dengan mereka ada unta yang masih menyusukan anaknya. Mereka akan memerangi dan melarang tuan untuk mengunjungi Baitullah. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawa sesungguhnya kami datang bukanlah untuk memerangi seseorang, akan tetapi kami datang untuk mengerjakan 'umrah. Sesungguhnya orang Quraisy itu telah dilemahkan dan dirusak oleh peperangan. Kalau mereka menghendaki, saya beri tempoh kepada mereka dan mereka dibiarkan tidak perang antara saya dan mereka, biarpun saya akan menang. Kalau mereka hendak masuk ke dalam apa yang dimasuki orang banyak, iaitu perang, mereka boleh melakukannya! Kalau tidak, maka mereka dapat berehat. Kalau mereka tiada mahu, maka Tuhan yang, diri ku di tanganNya, mereka akan saya perangi atas dasar tugas , sampai leher saya putus. Sesungguhnya Tuhan akan melaksanakan pekerjaanNya". Budail berkata: "Nantilah saya sampaikan kepada mereka apa yang tuan katakan itu". Kata Rawi: Lalu ia berjalan hingga ditemuinya orang Quraisy. Katanya: "Bahawa sesungguhnya kami datang kepada mu dari laki-laki itu (Nabi Muhammad s.a.w.) dan kami dengar beliau mengucapkan sabdanya. Kalau kamu menghendaki supaya kami sampaikan kepada mu, kami lakukan". Orang-orang bodoh di antara mereka berkata: "Satu pun tidak perlu bagi kami untuk engkau khabarkan sabdanya itu". Orang cerdas di antara mereka berkata: "Terangkanlah apa katanya yang engkau dengar! Jawab Budak: "Saya dengar beliau bersabda begini dan begitu". Terus diceritakannya kepada mereka semua yang disabdakan Nabi s.a.w. Urwah bin Masuud lalu berdiri, katanya: "Hai kaumku! Bukankah kamu sebagai bapa?" Jawab mereka: "Ya!" Katanya: "Bukankah saya sebagai anak?" Jawab mereka: "Ya!" Katanya: "Kamu curigaikah saya'!" Jawab mereka: "Tidak!" Katanya: "Bukanlah kamu telah mengetahui bahawa saya meminta bantuan kepada penduduk 'Ukaz tatkala mereka tiada membantu saya, lalu saya datang kepada mu bersama-sama dengan keluarga, anak dan orang yang mengikut saya'? "Mereka menjawab:"Benar!" Seterusnya ia berkata: "Orang itu (Nabi Muhammad s.a.w.) sebenarnya telah memberikan rencana yang benar untuk kamu; hendaklah kamu terima dan biarkanlah saya datang menghadap beliau!" Jawab mereka: "Datanglah menghadapnya.". Lalu ia datang menghadap Nabi . berunding dengan Nabi s.a.w. sebagaimana sabda beliau kepada Budak!. Waktu itu "Urwah berkata: "Hai Muhammad! Bagaimana pendapat tuan jika tuan hapuskan 'kebiasaan kaum tuan'? Adakah tuan dengar seseorang di antara orang Arab yang telah menghapuskan keluarganya'! Kalau sekiranya terjadi, maka sesungguhnya, demi Allah, saya tiada akan melihat pemimpin-pemimpin, dan sesungguhnya saya lihat percampuran dari orang banyak, bahawa mereka akan lari dan meninggalkan tuan". Abu Bakar berkata kepadanya: "Hisaplah kemaluan Lata. Adakah kami akan lari ,meninggalkan beliau'!" Tanya 'Urwah: "Siapakah ini'!" Orang banyak menjawab: "Abu bakar!" Katanya: "Demi Tuhan yang diri ku ditanganNya! Kalau tidaklah kerana jasa-jasa engkau kepada saya yang tiada terbalas. nescaya saya jawab".Kata Rawi: Dan ia terus berunding dengan Nabi s.a.w. Setiap kali ia berbicara dijangkaunya janggut Nabi, sedangkan Mughirah bin Syuubah berdiri di belakangnya dengan memegang pedang dan bertopi waja. Setiap 'Urwah menghulurkan tangannya ke janggut Nabi s.a.w., Mughirah memukul tangannya dengan ujung sarung pedangnya, katanya: "Jauhkan tangan engkau dari janggut Rasulullah s.a.w." 'Urwah mengangkat kepalanya lalu bertanya: "Siapakah ini?" . Orang banyak menjawab: "Mughirah bin Syuubah!" Kata Urwah: 'Hai penipu! Bukankah saya telah berusaha menolak tipuan engkau? Mughirah pada masa jahiliyah bersahabat dengan suatu kaum, maka ia membunuh dan mengambil harta mereka. kemudian ia datang kepada Nabi s.a.w., lalu ia masuk Islam". Waktu itu Nabi s.a.w. bersabda: "Adapun untuk masuk Islam, saya terima. Adapun harta, itu bukan urusan saya". Sesudah itu 'Urwah menatap sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dengan kedua matanya. Kata 'Urwah: "Demi Allah, kalau Rasulullah s.a.w.meludah dan jatuh di telapak tangan seseorang di antara mereka, digosokkannya ke muka dan kulitnya. Apabila beliau memberi perintah, mereka cepat melakukan perintah itu. Apabila beliau berwuduk, hampir-hampir mereka berkelahi berebutan air bekas wuduk beliau. Apabila beliau bersabda, mereka merendahkan suara di sisi beliau dan mereka tiada menunjukkan pandangan pada beliau kerana membesarkannya. Kemudian 'Urwah kembali kepada kawan-kawan lalu berkata:"Hai kawan-kawanku! Demi Allah. saya pernah menjadi utusan menemui raja-raja dan pernah menjadi utusan menemui Kaisar (Raja rom). Kisra (Raja Parsi),dan Najasi (Raja Habsyah). Demi Allah, belum pernah saya lihat sekali pun seorang raja yang dibesarkan oleh sahabat-sahabatnya (pengikutnya) sebagaimana Muhammad s.a.w. dibesarkan oleh sahabat-sahabat beliau. Demi Allah, jika Rasulullah s.a.w. meludah dan jatuh di telapak tangan seseorang di antara mereka, mereka menggosokkannya ke muka dan kulitnya. Apabila beliau memberi perintah kepada mereka, dengan cepat mereka melakukan perintah itu. Apabila beliau berwuduk, hampir-hampir mereka berkelahi berebut air bekas wuduk beliau. Apabila beliau bersabda, mereka merendahkan suara di sisi beliau dan mereka tiada menujukan pandangan kepada beliau kerana membesarkan beliau. Dan sesungguhnya beliau telah memberikan kepada kamu satu usul yang , maka terimalah!" Seorang laki-laki dari Bani Kinanah berkata: "Biarkanlah saya menemui beliau!" Mereka menjawab: "Temuilah!" Setelah ia berada dekat Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Si Anu ini dari kalangan kaum yang membesarkan (memuliakan) unta. Bawalah unta korban itu kepadanya!" Lalu dibawa unta itu, dan orang banyak pun menyambutnya sambil mengucapkan ucapan selamat datang. Setelah dilihatnya hal demikian itu, ia berkata: "Subhanallah, tiada sepantasnya mereka ini dihalangi mengunjungi Bait (Kaabah) . Setelah ia kembali kepada kawan-kawannya, ia berkata: "Saya lihat unta korban telah diberi kalung dan diberi tanda. Saya berpendapat jangan mereka diha1angi mengunjungi Bait (Kaabah)" Seorang laki-laki di antara mereka yang bernama fdikraz bin Hafs berdiri, lalu berkata: "Biarkanlah saya menemui beliau! Kata mereka: "Temuilah!" Setelah dia hampir tiba, Nabi s.a.w. bersabda: Ini Mikraz! Dia seorang laki-laki yang jahat! Lalu dia berunding dengan Nabi s.a.w. Ketika dia berunding dengan beliau itu tiba-tiba Suhail bin Amr datang. Maamar berkata: Maka Ayyub menceritakan kepada saya tentang Ikrimah, bahawa ketika Suhail bin 'Amr datang, Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya telah mudah semua pekerjaan kamu!" Maamar berkata lagi: Zuhri mengatakan dalam hadisnya: Maka datanglah Suhail bin 'Amr dan berkata: "Marilah kita membuat sebuah surat perjanjian antara kami dan kamu". Kemudian Nabi s.a.w. memanggil seorang penulis, maka disabdakan oleh Nabi s.a.w.: "Bismillahir Rahmanir Rahim". (Dengan nama Allah yang pemurah dan penyayang). Kata Suhail: "Adapun Rahman, maka demi Allah, saya tiada mengerti apakah itu? Akan tetapi tulislah "Bismikallahumma" (Dengan nama Engkau, hai Allah) sebagaimana yang biasa engkau tulis". Kata orang-orang Islam: "Demi Allah, kami tiada akan menuliskan melainkan "Bismillahir Rahmanir Rahim". Nabi s.a.w. bersabda: "Tulislah Bismikallahumma!" Kemudian beliau bersabda: "Inilah yang telah diputuskan oleh Muhammad Rasullullah". Kata Suhail : "Demi Allah. kalau kami mewakili tuan Rasullullah, tiadalah kami akan melarang tuan mengunjungi Baitullah dan tiada pula kami akan memerangi tuan. Akan tetapi tulislah "Muhammad bin Abdullah", Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Allah, bahawa sesungguhnya saya Rasulullah, tetapi kalau sekiranya kamu mendustakan saya, tulislah "Muhammad bin Abdullah". Kata al-Zuhri: Dan hal itu mengingat sabda Nabi: "Kalau mereka minta kepada ku garis untuk membesarkan agama Allah nescaya aku berikan". Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu jangan menghalangi kami mengunjungi Bait, supaya kami dapat tawaf di situ". Kata Suhail: "Jangan-jangan nanti orang-orang Arab menceritakan bahawa kami ditekan (mundur). maka yang demikian itu baiklah dilakukan pada tahun di muka". Lalu dituliskan. Kata Suhail: "Dan lagi kalau seseorang di antara kami datang kepada tuan, walaupun ia memeluk agama tuan, hendaklah tuan kembalikan kepada kami". Kata orang-orang Islam: "Subhanallah! Mengapa dia dikembalikan kepada orang Musyrik, sedangkan dia datang sebagai orang Islam?" Ketika mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba datanglah Abu Jandal bin Suhail bin Amr dalam keadaan terbelenggu. la keluar dari hilir Mekah sehingga sampai di hadapan orang Islam. Kata Suhail: "inilah hai Muhammad! Buat pertama kali, apa yang saya Minta untuk tuan, kembalikan kepada saya", Nabi s.a.w. bersabda: '.Sesungguhnya kita belum lagi selesai membuat perjanjian". Kata Suhail: "Demi Allah! Kalau begitu selamanya saya tidak mahu berdamai dengan tuan dalam hal apa jua pun;'. Nabi s.a.w. bersabda: "Biarkanlah ia bersama saya!" Katanya: "Saya tiada akan membiarkannya bersama tuan". Sabda beliau: "Ya, mesti engkau lakukan!" Jawabnya: "Saya tidak akan melakukan". Kata Mikraz: "Baiklah kami biarkan dia bersama tuan", Kata Abu Jandal: "Hai kaum Muslimin, akan dikembalikankah saya kepada orang-orang musyrik, sedangkan saya datang untuk masuk agama Islam! Bukankah telah kamu ketahui apa yang saya derita?" Dan dia disingkir kerana agama Allah dengan seksa yang hebat. Kata Rawi: Umar bin Khattab berkata:Lalu saya datang menghadap Nabi s.a.w. Kata saya: "Bukankah tuan sebenarnya Nabi Allah?" Jawab beliau: "Ya". Kata saya: "Bukankah kita di atas kebenaran dan musuh kita menurut yang batil'?" Jawab beliau: "Ya!" Kata saya: "Kalau begitu apakah tuan masukkan yang kurang baik dalam ugama kita?" Jawab beliau: "Sesungguhnya saya Rasulullah dan saya tidak pernah mendurhakaiNya, Dialah yang menolong saya". Kata saya: "Bukankah tuan pernah menceritakan pada kami, bahawa sesungguhnya kita akan mengunjungi Baitullah dan kita tawaf di situ'!" Jawab beliau: "Ya! Adakah saya mengkhabarkan kepada mu bahawa kita akan mengunjunginya tahun ini'?" Jawab saya: "Tidak!" Umar berkata: "Lalu saya datang menemui Abu Bakar. kata saya: "Hai Abu Bakar! Bukankah orang ini sebenarnya Nabi Allah? Jawabnya: "Ya!" Kata saya: "Bukankah kita di atas kebenaran dan musuh kita menurut yang batil?" Jawabnya: "Ya!" Kata saya:"Kalau begitu, mengapa kita datangkan yang kurang baik dalam agama kita?" Kata Abu Bakar: "Hai Umar! Sesungguhnya beliau sebenarnya Rasulullah s.a.w. dan beliau tiada mendurhakai Allah. Dialah yang menolong beliau. Maka peganglah (patuhilah) perintah beliau! Demi Allah! Sesungguhnya beliau atas yang benar!" Kata saya: "Bukankah beliau pernah menceritakan kepada kita. bahawa sesungguhnya kita akan mengunjungi Baitullah dan tawaf di situ?" Katanya: "Ya! Adakah beliau mengkhabarkan kepada engkau bahawa engkau akan mengunjungi tahun ini?" Kata saya: "Tidak !" Katanya: "Sesungguhnya engkau akan mengunjunginya lain tahun. Kata Rawi: Setelah selesai membuat surat perjanjian, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabat :"Berdirilah (siaplah Dan sembelihlah korbanmu, kemudian ,bercukurlah" Kata Rawi: Demi Allah! Tiada seorang pun di antara mereka yang berdiri, sehingga beliau ulang ucapan yang demikian sampai tiga kali. Tatkala tidak ada seorangpun di antara mereka yang berdiri, beliau lalu masuk ke tempat Ummu Salamah, lantas beliau khabarkan kepadanya apa yang ditemuinya (dialaminya)dari orang banyak. Kata Ummu Salamah: "Hai Nabi Allah! Adakah tuan menghendaki yang demikian? Keluarlah tuan. kemudian janganlah tuan berkata sepatah juapun terhadap seseorang di antara mereka melainkan tuan sendiri lebih dahulu menyembelih korban tuan, dan tuan panggil tukang cukur untuk mencukur rambut tuan". Beliau lalu ke luar dan tiada berkata sepatah pun terhadap seseorang di antara mereka, sehingga beliau melakukan yang demikian itu. Beliau sembelih korban beliau dan beliau panggil tukang cukur, lalu dicukurnya rambut beliau. Setelah mereka melihat yang demikian itu, mereka pun berdiri lalu menyembelih korbannya dan sebahagian mereka mencukur yang lain, sehingga hampir-hampir sebahagian mereka membunuh kawannya, kerana cemas (takut terlambat) menurut perintah. Setelah itu, perempuan-perempuan yang beriman datang menghadap Rasulullah. Tuhan yang Maha Tinggi menurunkan ayat. yang ertinya: "Hai orang-orang yang beriman! Apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu berpindah (meninggalkan negerinya), hendaklah mereka kamu uji"- sampai dengan - "perempuan yang tiada beriman" (Al Quran surat Al Mumtahanah, 10). Waktu itu Umar menceraikan dua orang isterinya yang telah ada pada waktu syirik (mempersekutukan Tuhan). Kemudian seorang di antaranya dikahwini oleh Muawiyah bin Abu Sufyan, dan yang seorang lagi oleh Safwan bin Umaiyah. Sesudah itu Nabi s.a.w. kembali ke Madinah. Abu Basil' salah seorang di antara orang Quraisy datang kepada beliau, dia beragama Islam. Lalu kaum Quraisy menyuruh dua orang laki-laki untuk mencarinya. Kata perutusan itu kepada Nabi: "Penuhilah janji yang telah dibuat antara tuan dan kami!" Beliau lalu menyerahkan Abu Basir kepada dua orang laki-laki tadi. Keduanya lalu berangkat bersama-sama dengan dia sehingga sampai di Zulhulaifah. Lalu mereka berhenti dan makan kurma. Kata Abu Basir kepada salah seorang yang berdua tadi: "Demi Allah, .sesungguhnya saya lihat pedang engkau ini amat bagus!" Laki-laki itu lalu menghunuskannya, katanya: "Ya, demi Allah, sesungguhnya amat bagus, telah banyak kali saya cuba". Kata Abu Basil': "Perlihatkanlah kepada saya supaya dapat saya perhatikan!" Lalu diberikannya. Abu Basil' lalu menetaknya dengan pedang itu sehingga ia mati. Yang seorang lagi terus lari ke Madinah, dan sampai di Madinah ia berlari masuk masjid. Ketika Rasulullah s.a.w. melihatnya, beliau bersabda: Sesungguhnya orang ini ketakutan". Setelah ia sampai menghadap Nabi s.a.w. ia berkata: "Demi Allah, ia telah membunuh kawan saya dan saya akan dibunuhnya pula". Dalam pada itu Abu Basil' datang lalu berkata: "Hai Nabi Allah! Demi- Allah! Tuhan telah menyempurnakan janji tuan! Sesungguhnya tuan telah mengembalikan saya kepada mereka. kemudian Tuhan melepaskan saya dari mereka". Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai celaka! Sumber api peperangan! Kalau begitu. perlu seorang pembantu". Tatkala didengarnya yang demikian itu, mengertilah ia bahawa sesungguhnya beliau akan mengembalikannya kepada mereka. Lalu ia keluar sehingga sampai di pantai laut. Kata Rawi: Abu Jandal bin Suhail menghilang, lalu berhubungan dengan Abu Basir. Dan seterusnya di antara orang Quraisy yang telah Islam keluar (pergi) dari Mekah terus berhubung dengan Abu Basir sehingga mereka berkumpul menjadi satu golongan. Kalau mereka mendengar khabar keberangkatan rombongan kafilah orang Quraisy pergi ke Syam (Syria), mereka merampas, membunuh dan mengambil harta mereka. Maka dikirimlah utusan oleh orang Quraisy menghadap Nabi s.a.w. bermohon kerana Allah dan kerana pertalian keluarga, membawa pesan. bahawa siapa yang datang kepada Nabi. bahawa dia dinyatakan aman (tidak dikembalikan ke Mekah). Nabi s.a.w. mengutus orang memanggil mereka. Lalu Tuhan Yang Maha Tinggi menurunkan ayat yang ertinya: "Dialah yang telah mencegah tangan mereka terhadap kamu, dan tangan kamu terhadap mereka di tengah kota Mekah. Sesudah dia memenangkan kamu di atas mereka sampai dengan kesombongan itu ialah kesombongan (kebencian) masa jahiliyah". (Surat Al Fath, 24 - 26). Kesombongan jahiliyah itu ialah kesombongan mereka yang menyebabkan tiada mahu mengakui Muhammad Rasul Allah dan tidak mahu mengakui Tuhan yang Pemurah lagi Penyayang serta menghalangi orang Islam mengunjungi Baitullah (Kaabah).

73  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1215.
Nu'man bin Basyir r.a. sedang di atas mimbar berkata: "Bapa saya memberi sebuah pemberian kepada saya. 'Amrah binti Rawahah (ibu Nukman) berkata: Saya tidak suka sebelum engkau memperlihatkannya kepada Rasulullah s.a.w.". Lalu Basyir menghadap Rasulullah s.a.w., katanya: "Saya memberikan suatu pemberian kepada anak saya dari 'Amrah binti Rawahah, tetapi ibunya menyuruh saya untuk memperlihatkannya kepada tuan, hai Rasulullah!" Sabda beliau, "Apakah engkau beri semua anak engkau serupa itu?" Jawabnya: "Tidak!" Sabda beliau: "Takutlah kepada Tuhan dan berlaku adillah di antara anak-anakmu!" Kata Nukman: "Ia kembali, lalu dibatalkannya pemberian itu".

74  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0677.
Dari Anas r.a., katanya: "Putera Abu Thalhah sakit, dan menyebabkan dia meninggal dunia; sedangkan Abu Thalhah tidak di rumah ketika itu. Setelah isteri Abu Thalhah tahu bahawa puteranya telah meninggal dunia, maka dipindahkannya mayat anaknya itu ke tepi, kemudian disiapkannya makanan (untuk suaminya yang tidak lama lagi akan pulang). Ketika Abu Thalhah telah datang, ia bertanya, "Bagaimana halnya sakit anak kita?" Isterinya mula-mula diam saja. Kemudian ia menjawab, "Saya harapkan mudah-mudahan ia senang." Abu Thalhah mengira bahawa isterinya berkata sebenarnya, lalu ia pergi tidur. Paginya, sesudah ia mandi dan akan berangkat, barulah isterinya memberi tahukan bahawa puteranya telah meninggal dunia. Maka disolatkannya mayat anaknya itu bersama-sama dengan Rasulullah saw. dan diceritakannya kepada beliau peristiwa yang dialaminya tentang kematian anaknya itu. Rasulullah bersabda kepadanya, "Semoga Allah swt. memberi berkah kepada anda berdua pada malam itu."

75  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0633.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. menceritakan seorang ibu memanggil anaknya yang sedang solat. Kata ibu itu, "Hai, Juraij!" Lalu Juraij mohon kepada Allah, "Wahai, Allah! Ibu ku (memanggil ku), dan aku (sedang menunaikan) solat ku. (Apakah yang harus ku perbuat?)" Ibu itu memanggil pula, "Ya.Juraij!" Kata Juraij, "Wahai, Allah! Ibu ku kah atau solat ku kah?" Kata si Ibu pula, "Wahai, Allah! Semoga Juraij tidak mati sebelum dia melihat muka perempuan lacur lebih dahulu."Pada suatu ketika datang seorang wanita lacur penggembala ke tempat peribadatannya, lalu ia melahirkan. Ketika ditanya, "Anak siapa ini?" Wanita itu menjawab, "Anak si Juraij, dan dia keluar dari tempat peribadatannya. " Kata Juraij, "Mana itu wanita yang mengatakan anaknya adalah dari ku?" (Sementara itu bayi wanita tadi dibawa orang kepada Juraij). Kata Juraij, "Hai Bayi! Siapa bapa mu ?" Jawabnya, "Seorang gembala kambing."

76  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1629.
Dari Ummu Salamah r.a., katanya: Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, kalau saya membelanjai anak-anak Abu Salamah dan saya tidak mahu meninggalkan mereka dalam keadaan terlantar, kerana mereka adalah juga anak-anak saya, apakah saya memperoleh pahala?" Rasul menjawab: "Benar, engkau akan memperoleh pahala atas segala nafkah yang engkau belanjakan."

77  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0656.
Diberitakan dari Abu Said r.a., beberapa orang wanita bermohon kepada Nabi saw.: "Sudilah Tuan sediakan satu hari untuk (pengajian bagi) kami. (Rasulullah saw. memenuhi permintaan mereka). Lalu Nabi memberi pelajaran kepada mereka, sabdanya: "Wanita yang mana pun yang kematian tiga orang anaknya, maka anak-anaknya itu menjadi dinding baginya dari api neraka." Bertanya seorang wanita, "Kalau dua?" Jawab beliau, "Ya, dua juga."

78  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0728.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Seorang wanita datang kepada ku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tidak ada yang didapatinya pada ku ketika itu selain hanya sebuah kurma, lalu ku berikan kepadanya. Kurma itu dibahaginya dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakan. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah Nabi saw. datang, aku ceritakan hal itu kepada beliau. Sabda beliau saw., "Barangsiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya dari api neraka."

79  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1578.
Dari Ibnu Abbas r.a, dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Anak Adam telah mendustakan Aku, pada hal ia tidak berhak melakukan itu. Adapun ia mendustakan Aku, ia menganggap bahawa Aku tidak Kuasa mengembalikannya sebagaimana semula. Ia mencaci Aku dengan mengatakan, bahawa Aku mempunyai anak. Mahasuci Aku untuk mengambil seorang teman perempuan atau seorang anak".

80  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1359.
Dari Sha'b bin Jatstsamah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bertemu dengan saya di Abwa' atau di Waddan, dan ada orang yang bertanya tentang orang-orang musyrik yang tinggal di rumah mereka, lalu diambil (ditawan) wanita-wanita dan anak-anak mereka. Beliau bersabda:. "Mereka (perempuan dan anak-cucu) itu termasuk golongan mereka (orang musyrik)". Dan saya dengar beliau bersabda: "Tiadalah perlindungan melainkan dari Allah dan RasulNya".